Infaq Kurma Ramadan - Sebarkan Keberkatan



Tentang Kami

Kami adalah sebuah syarikat membuat dan juga menjual produk chocolate dari Timur Tengah, terutamanya coklat premium dari Dubai dan kurma terpilih.

Lokasi Kedai Kami: The Raffles Suites, G-02 Jalan Persiaran Sutera Danga, Bandar Uda Utama, 81200 Johor Bahru, Johor. 

Google Map: Klik Sini


Produk Kami

Coklat Dubai Premium – Menggunakan ramuan eksklusif yang diinspirasikan daripada manisan Timur Tengah, memberikan rasa mewah dan unik.
Kurma Berkualiti Tinggi – Dipilih khas dari ladang terbaik, sesuai untuk dinikmati sendiri, dijadikan hadiah, atau disumbangkan sebagai infak.

Selain perniagaan, kami juga ingin menyebarkan kebaikan. Oleh itu, kami melancarkan Program Infaq Kurma Ramadan untuk memudahkan orang ramai berinfak dengan cara yang lebih tersusun dan sistematik.


Sertai kami dalam menyebarkan keberkatan Ramadan dan menikmati keistimewaan coklat serta kurma berkualiti tinggi dari Dubai! 


Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai terdapat seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.



Tujuan Infaq Kurma Ramadan

Program Infak Kurma Ramadan diwujudkan bagi memudahkan orang ramai bersedekah kurma kepada:
Masjid-masjid
Surau-surau
Pusat tahfiz
Pusat kebajikan
Masyarakat umum seperti bazar / pasar dll

Melalui platform ini, anda tidak perlu membeli dan menghantar sendiri. Infak boleh dibuat secara atas talian, dan kami akan menguruskan pembelian serta penghantaran terus ke lokasi yang memerlukan.


Kebaikan Menyertai Infaq Kurma Bersama Kami

Kurma Siap Dibungkus – Dibungkus dalam plastik yang kemas dan bersih untuk memudahkan pengagihan.
Mudah & Praktikal – Berinfak secara online tanpa perlu menguruskan pembelian dan penghantaran sendiri.
Terjamin Kualiti – Kurma yang dipilih adalah berkualiti tinggi, memastikan jemaah menerima yang terbaik.
Penghantaran Terurus – Infak anda dihantar terus ke masjid-masjid dan lokasi terpilih.
Pahala Berterusan – Anda mendapat ganjaran seperti memberi makan kepada orang berpuasa.
Menjimatkan Masa & Tenaga – Tiada kesulitan mencari, membeli, dan menghantar kurma sendiri.

Dengan menyertai infak ini, anda bukan sahaja memudahkan urusan sedekah, tetapi juga membantu mereka yang berpuasa menikmati kurma berkualiti dalam sistem yang lebih tersusun.

Jom bersama-sama menyebarkan keberkatan Ramadan!

"Barang siapa memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangi pahala orang tersebut sedikit pun."
(Hadis Riwayat Tirmizi)


Bagaimana Ia Berfungsi?

1️⃣ Isi maklumat anda dalam borang di bawah.
2️⃣ Pilih jumlah infak yang ingin disumbangkan.
3️⃣ Kami akan menguruskan penghantaran infak kurma ke masjid-masjid bagi pihak anda.

Sumbang sekarang dan jadilah sebahagian daripada keberkatan Ramadan ini!




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Kurma Ajwa Saiz M
Kurma Medjol Jambo
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


PENGESAHAN

Hai! nak saya bantu?